Tuesday, September 27, 2011

Tiada Siapa Tahu

tiada siapa tahu
tiada siapa mengerti
apa aku rasa
apa aku mahu
apa aku inginkan


tiada siapa peduli
tiada siapa ingin tahu
tiada siapa mahu memahami


terkadang aku teringat
terkadang aku terkenang
terkadang aku rindu


tentang perasaan
tentang masa silam
tentang zaman gemilang


antara kau dan aku
antara kita semua
antara persahabatan yang terjalin


mengapa kita terpisah
mengapa kita berjauhan
mengapa kita tidak bersama-sama


ini takdirNYA
ini jalanNYA
ini ceritaNYA


aku pasrah andai ini kehendakNYA




untuk kawan2 yang saya sayang...

Saturday, September 24, 2011

Masa Depan




Masa depan
tiada siapa dapat meneka
tiada siapa dapat menduga
baik ke?
buruk ke?

jika di renung
tiada siapa dapat mentafsir masa depan sendiri
apa yang pasti masa kini terlalu menghimpit
bagi melestarikan masa depan yang gemilang

apa yang aku lakukan
tiada apa-apa
hanya secebis keluhan
memuntahkan segala bayangan hitam

biarkan..
biarkan semua ini berjalan sendiri
berputar mengikut kehendak alam
bergerak setempat
berjalan perlahan
dan merangkak seperti seorang bayi

aku tak tahu mana tujuku
aku tak mahu dibelenggu
tapi yang pasti aku akan menemuiNya
hakikatnya aku milikNya
biarlah aku mencari yang pasti
biarkan aku dengan rentakku
biarkan aku dengan caraku

aku terlalu inginkan kepastian
biarkan lambat tapi aku menjiwai..

Friday, September 23, 2011

Biskut Hup Seng Cecah Susu

Assalamualaikum...

beberapa hari ni.. fikiran betul2 fokus kat exam final Part 5. 
sampai rasa dah tak de life da kat sini..
tapi baca buku sikit jee.. hurmm

dugaan semasa belajar memang macam nie kan..
tak pe.. tabahkan hati.. pasti berjaya..
(ayat sedapkan hati sendiri)

okey hari ni nak cerita sikit pasal kawan saya :)

2. Siti Hawa Binti Rosli



kawan saya yang seorang nie memang riang ria orangnya
cool , lepak, relaks dan sempoi..
saya panggil dia Ha..(Haha gu) facebook dia..
tetapi kami terpisah yang saya ke UiTM Kuala Pilah dan dia ke UiTM Jengka
semasa di Part3 dia dapat buat Fast track
pandai kan.. untunglaa...

so sekarang ni dia kat UiTM Segamat, Johor
amik course Degree Finance.. gempak kan...

tak banyak tempat yang kami pergi dan kenangan bersama sebab 
Ha selalu balik

tapi perkara terbaik yang saya pernah belajar dari dia ialah
TADAAA!!!!



makan biskut Hup Seng dan secah dengan susu
kadang2 tu nak lagi sedap letak susu dalam mangkuk dan pecah2 kan biskut dan letak 
dalam susu tu.. biarkan cair sekejap then Ngap masuk dalam mulut..
Terbaik ohh....

okey kita layan beberapa pic yang sempat saya captured bersama Ha yee...


mesti taw kat ne nie kan..
hehe.. tandas pun boleh..


saya jarang peluk kawan sendiri..  so nie memang da sayang lebih..hihi


pic di dalam bangunan Alamanda


pic nie seingat saya masa kami Part 1 di Kolej Alamanda
masa nie muda remaja lagi hehe..

dan pekara kedua yang saya masih ingat tentang Ha ialah

of course pantang dia yang tak boleh makan sayur
kalau makan nasi goreng.. suka makan nasi gorng cina tak nak sayur
kalau makan burger tak nak sayur dan segala macam jenis sayur lain laa.. 
tomato ke salad ke.. pic dia waktu makan hehe..




seronok bersama kawan2...
kenangan yang tersemat pasti dibawa hingga hujung nyawa..
walau di ceruk mana mereka berada
wajah, nama dan kenangan pasti tersemat di dada..
sayang semua... :)



Wednesday, September 21, 2011

Sandarkan Pada Kenangan

Assalamualaikum...

ngee  :)

sila senyum lebar2 dulu sebab saya suka orang yang senyum..

hihi..

 kenangan..
saya suka pada kenangan
terasa macam nak hentikan masa dan menikmti kenangan yang lalu dengan kawan2
dan masa2 yang indah bersama mereka

jadi saya dedikasikan beberapa entri untuk kawan2 yang saya suka
untuk kawan2 yang telah menjadi sebahagian dalam hidup saya
kawan2 yang membuatkan saya gembira, sedih, dan riang ria..

kawan2 yang telah menjadi memori dan kenangan saya..

okey untuk yang pertama ini
apa kata kita kenang kawan2 saya semasa di Kolej Alamanda dulu..

1. Siti Masitah binti Mansor


banyak kenangan dengan kawan saya seorang nie.
nak dimulakan cerita kami kenal sewaktu di tingkatan 6 di Sekolah Bandar Kota Tinggi.
masa di sekolah tu kami satu kelas tapi tak rapat sangat
bila sama2 dapat tawaran ke UiTM Kolej Alamanda dan satu rumah 
barulah kami menjadi rapat

selama 2 sem di Kolej Alamanda memang berkepit jee dengan Masyi nie
saya panggil dia Masyi
banyak kenangan dengan dia
sebab kalau nak kemana2 memang dengan dia jee
macam pic kat atas
ialah hari terakhir paper masa part 2
habis paper jee terus berkejar ke KFC kat Mid Valley


kenangan di LDK sem 2. duduk sebelah-sebelah



kenangan di Low Yatt beli handphone baru Masyi..



kenangan di tepi Monorel baru balik dari Pesta Buku di PWTC 2010



kenangan di i-City menikmati keindahan lampu2 bergemerlapan di temani 
cahaya bulan..huhu



kenangan dinner Part2 di Bangunan Sime Darby



kenangan di Berjaya Times Squre sedang membeli belah..

dan banyak kenangan lagi bersama Masyi yang tak dapat dirakam di handphone 
tapi dapat dirakan di hati..

  • kenangan balik raya sama
  • kenangan g kelas KOKO sama2
  • kenangan window shopping di Mid Valley
  • kenangan pergi Puduraya sampai sesat2
  • kenangan lepak2 kat MPH Mid Valley hanya semata2 nak baca majalah free

dan banyak lagi kenangan...

tapi apakan daya..
kita terpisah kerana undang2 yang direka manusia

adat berkawan
bertemu dan berpisah adalah keranaNYA..

saya ingat awak selalu Masyi..
senang2 nanti kita jumpa di Kota Tinggi yee...





Tuesday, September 20, 2011

Nilai Sebuah Senyuman

Assalamualaikum...

Alhamdulilah.. dah lame sangat ya saya tak menulis di blog nie..
kalau tulis pun hanya curahan rasa yang terkadang nak menulis
hehe

okey2..
saya nak tulis lah nie...

hari ini ialah hari pertama saya final exam PART 5
paper MALAYSIAN ECONOMIC
alhamdulilah dah berusaha biarlah Allah yang menentukannya
kita dah berusaha
haruslah diakhir usaha itu ialah tawakal

nie nak cerita sikit
hari nie kan..
ada orang senyum kat saya...
hehe
lihatlah betapa berkuasa tinggi nya nilai sebuah senyuman
boleh membuatkan seseorang menjadi lebih selesa

sebenarnya yang senyum kat saya tue seorang lelaki
dia pendiam orangnya
tapi saya selalu juga chat dengan dia
tapi hanya sebatas kawan

mesti korang ingat die senyum macam senyum pakwe makwe kan
tak pun senyum macam nak mengurat kan
haha salah!!

saya tahu dia senyum ikhlas
senyum berpahala. Insya ALLAH..

lepas ini saya nak senyum lah kat orang sekeliling
mana tahu dengan kuasa senyuman giga byte saya nie 
boleh menjadi setiap hidup orang bertambah ceria. Amin...


senyuman haruslah yang ikhlas...


kalau mamat nie senyum.. memang boleh cair...hehe


p/s : psstt, kalau anda rasa andalah lelaki yang saya maksud kan..hehe diam2 sajalah    yee..hehe

Saturday, September 17, 2011

apa aku rasa

Assalamualikum...


apa yang aku rasakan kini 
bukan suatu yang biasa
rasa bosan
rasa yang amat tidak kena


mahu berubah
sepenuhnya berubah
tidak dapat berkata
kerana dengan rasa baru
aku baru nekad


biar tiada yang memahami
asalkan tiada yang mendengki..

Sunday, September 4, 2011

Jiwa Baru

assalamualaikum...

saya dapat jiwa baru hari ni
dia terima saya seadanya
saya akan terima dia seadanya

dia terlalu tulus tapi sangat berahsia
aku keliru

aku mencuba memahaminya
moga berjaya menebak hatinya