Friday, April 29, 2011

Paper Repeat

Assalamualaikum...

Alhamdulilah.... entry sebelum ini pasal paper Law, k sekarang walaupun paper Finance yg da lepas, sy nak cerita la sikit pasal paper Finance. paper Finance memang agak susah.. sebab banyak sangat ayat2 baru yg digunakan, so susah nak faham sikit, sori lah yee kalo ayat agak skema dan agak boring. ini semua gara2 kerana kawan2 yg lain sume dah abis paper tp sy lom lagi.. ishk ishk!!! (T_T)... 




sy ade paper repeat iaitu Macroeconomics. so sekarang ni memang fokus kat paper ni lah.. walaupun mood study dah takde tp sy teruskan jugak... demi masa depan yg gemilang.. haha k lah sy tak tahu nak tulis ape lagipun..so sy nak sambung study laa macam nie... k wish me GOOD LUCK okey!!!  ADIOS....

Sunday, April 24, 2011

Berangan jadi LAWyer

Assalamualaikum...

Alhamdulilah.. syukur ke hadrat Illahi.. atas segala nikmat kurnian-NYA yg tak terhingga...



ok lah.. sebenarnya hari ini baru jee habis papaer LAW  n IT.. emm sorry x sempat tulis entry pasal paper LAW, takpe sekarang sy tulis yee... okeys.. sebenarnya dulu sy pernah bercita-cita nak jadi seorang lawyer. entahlah macam mane pulak boleh teringin nak jadi lawyer.. mungkin sebab org tu berdiri kat depan dan pandai cakap. dah lah cakap tak henti2 kan.. ape yg di cakap pulak tu semua fakta. macam best jee.. lepas tu sy pon pernah mohon utk masuk ke salah sebuah universiti tempatan utk amik jurusan undang-undang.. haha...memang tak dapatlah... dengan keputusan yg tak seberapa.. emm....

memang tak sangka pulak bile masuk jurusan business ni pun ade subjek undang2... mule2 tu suke lah sebab ade minat.. tp lepas belajar.. hah kau.. susah tau... nasib baik sy tak dapat... haha..

so.. keputusannya paper LAW 251 tahun APRIL 2011 ni, senang sikit tp sy jawab pun biasa2 jee...
harap.. keputusan ti pon ok... lulus pun jadilah.. paper MGT 300 APRIL 2011 pulak yg susah... emm... ape2 pun berserah jelah... yg penting kite dah yg terbaik.. baik 3x!!!

Tuesday, April 19, 2011

IT: yg menyesakkan

assalamualaikum...

hai kawan2... ape khabar anda hari ini.. harap semuanya sihat sahaja.. minggu final ni memang memenatkan. ditambah dgn perasaan yg dihimpit rindu utk balik ke rumah. yg selalu balik tu tak lah ade perassan macam nie, tp yg x selalu-selalu balik nie.. hmm.. parah!!! 

okeys!!! lets say something about MGT300 (IT), haha... nape sy tulis entry pasal IT dulu tidak LAW.. sebab sy tak bace LAW lagi.. hehe.. 

okeys.. subjek IT ini memang memeningkan kepala, perkara pertama yg terlintas bila pertama kali masuk kelas IT ialah sy tak pernah kenal dan paham istilah2 yg digunakan dalam subjek IT. seperti HARDWARE n SOFTWARE. sy memang buta IT. okeys bila belajar chapter yg jauh sikit.. kepala makin pening.. yelah kita belajar penggunaan IT dalam syarikat dan sistem. seronok memang seronok belajar IT nie, sy pun tak tahu.. enjoy jee bile belajar IT, sebab Sir Iskandar yg ajar. die ajar memang sempoi.. tapi bila nak test or quiz, "oh!!! ini masalah!! sy tak paham!!!!"

kalau semua nak tahu.. sekarang ni lah baru sy tahu ape itu CUSTOMER RELATIONSHIP MANAGEMENT (CRM), SUPPLY CHAIN MANAGEMENT (SCM), ENTERPRISE RESOURCE PLANNING (ERP) N BUSINESS PROCESS REENGINEERING (BPR).

okeys.. itu tak pe lagi.. satu lagi masalah yg timbul ialah kerja akhir berkumpulan ialah kami kene mengkaji penggunaan IT yang digunakan oleh sebuah syarikat. bunyinya macam menyeronokkan.. yelah kwn2 kelas lain diorang kene buat website, tp kami kene pergi interview syarikat orang. 

operasi mencari syarikat yg sesuai pun bermula.. kalau boleh kami nak cari sekitar Seremban, senang sikit tapi tu lah dah macam2 syarikat kami call dari syarikat air negeri sembilan, syarikat pertanian, maybank, agro bank, dan macam2 lagi lah.. semuanya hampeh!! . itu belum lagi ditambah dgn top up yg dah berpuluh hengget perlu dibeli utk call diorg2 tu semua...

last2 lagi 2 minggu nak hantar.. baru kami jumpa syarikat yg terbaik!! syarikat ayah kawan sendiri. so terima kasih lah kepada Nurul Izyan Muhamad Khalid sebab turut sama turun padang menyusahkan diri membantu kami dari mencari syarikat hinggalah mencari driver kereta untuk ke Syarikat Konsortium Logistik Berhad di Puchong.

logo syarikat


masa interview..(diorang dok gelakkan sy yg bertudung putih kanan tu sebab sy fokus sgt, hehe..)



ini Puteri n Syidah


ini gambar kami di hadapan syarikat bersama Kak Yati salah seorang Analis IT di sini..

itu belum ditambah lagi dengan kesusahan dan kepayahan untuk menyiapkan report dan slide. bayangkan minggu depannya selepas pergi interview syarikat ni da kene hantar assignment. mengelupurlah masing2.. paling best bila part sy tak siap lagi, hari tu nak present hari tu jugak kene siapkan. tapi sebelum siap adalah jugak yg kene sembur dgn sy. haha sy pun tak boleh nak kawal marah sy masa tu, ape yg sy ingat ape yg sy cakap kat mamat tu..

" kau nak kene lempang laju2 tak dgn aku?"

nasib baiklah Mahirah reda kan sy.. kalau tak da kene lempang gak lah mamat tu.. sy jarang marah tp kalau sy marah tak ingat dunia... astaghfiruallahalazim....

okeylah.. kalau tak susah bukan proses pembelajaran namanye.. kalau tak sukar belajar nie.. orang gila pun boleh masuk universiti kan.. so kita bersyukurlah dengan apa yg kita peroleh hari ini..

alhamdulilah.. kita masih diberi nikmat belajar dgn aman di bumi Malaysia dan di UiTM Kuala Pilah walaupun dalam keadaan yg tidak sedamai di UiTM Kolej Alamanda...

GOOD LUCK FINAL!! FIGHTING OH!!

Monday, April 18, 2011

kenapa INSURANS

Assalamuaalaikum....

okeys.. cerita sy hari ini. sebelum sy mengambil keputusan untuk masuk kelas insurans (D2), ramai kawan2 tanya..

"kenapa ambil kelas insurans?"


"eh insurans ade kira2 kan?"


"mane lagi senang insurans ke public relation?"


emm... sy senyum je kalo diorang bertanya soalan2 nie... ade mule2 tu kwn ckp, sekarang da ramai ejen insurans, dah takde peluang pekerjaan. ade lagi tu yg cakap insurans ini banyak menipu dari yg betulnye. ambil duit oranglah. insurans ini macam judilah dan dari segi islam pun tidak digalakkan membeli insurans..

so.. mula2 sy nak bagitau dulu sebab utama sy ambil subjek insurans.sy ambil subjek insurans ada sebabnye. sy pernah ditipu oleh seorang ejen yang bertopengkan sebuah bank. kisahnye bermula sewaktu seminggu sebelum hari raya 2010. waktu tu nak balik kampung di Kota Tinggi, Johor. cara ejen ni jalankan kerja die memang cukup halus. macam2 bende die tarik perhatian sy selain die ckp die same negeri dgn sy dan die juga belajar dalam course yg sama dgn sy. mule2 tu bole lah utk katakan TIDAK!! tp dah selepas tu dah tak boleh dah.. so sy pun buat aggrement dgn pihak tersebut. ejen tu ckp surat aggrement akan sampai dirumah sy dalam masa seminggu. tunggu punye tunggu memg tak sampailah kan suratnye. so sy mengalami kerugian hampir RM300. memanglah tak banyak tp duit jugakkan. so berbekalkan perasaan tidak mahu tertipu lagi dan ingin mempunyai pengetahuan yg luas dalam bidang insurans ni lah sy amik subjek insurans. assignment akhir sy juga ambil dr sebab sy amik subjek nie. tajuknya PENIPUAN DALAM INSURANS. so disini sy nak bagi sedikit tips sebelum anda membeli insurans:


  1. Pastikan ejen itu adalah sah dan berdaftar dengan syarikat insurans.
  2. Pastikan anda tidak membayar bayaran premium melalu tunai tetapi bayar melalui cek atau money order.
  3. Pastikan anda menerima surat polici anda selepas anda membayar bayaran premium anda yang pertama ( inilah kes yg terjadi pd sy kerana tidak mendapat polici sy selepas membuat bayaran)
  4. Pastikan insurans yang anda tandatangani same dgn ape yg anda inginkan.
  5. Pastikan anda tidak menandatangani borang kosong bagi mengelakkan borang itu disalahguna.
bagi persoalan kedua ialah kawan2 ramai tanya subjek insurans ni ade kira2 ke tak. yup. subjek insurans ade kira2. dalam subjek insuarns ini lebih kepada konsep insurans itu sendiri. dalam insurans ini kita belajar jenis2 insurans yg boleh kita ambil seperti life insurance, general insurance, money insurance, household insurance dam macam2 lagi lah. itu belum cerita berbagai-bagai syarikat insurans kat Malaysia dan luar negara kan. seperti Great Eastern, Prudential, Etiqa insurance, ING insurance, Kurnia Insurans dan macam2 lagi. 






so bagi pesoalan tadi mestilah ade pengiraan untuk mengira jumlah pampasan yang akan kita terima selepas kita membeli insurans dan kita mengalami kerugian. so kita perlulah mengira jumlah pampasan yang kan kita akan terima.

okeys.. lets go do a little practice...

En. Ramli insurans kan rumahnya dgn polisi kebakaran dgn nilai RM 150,000. 5 bulan kemudian rumahnya telah megalami kebakaran. selepas penyiasatan, jumlah kerugian yg dialami ialah RM 15,000. pada masa itu nilai rumahnya iaitu harga pasaran bernilai RM 200,000. berapakah jumlah yg perlu dibyar kepada En. Ramli??

jumlah insurans
harga pasaran          X         jumlah kerugian     =     jumlah yg perlu dibayar




solution: 


150,000
200,000                  X          15,000           =           RM  11,250




so itulah jumlah yang diterima oleh En. Ramli.


okey bagi persoalan kedua ialah samada insurans ni lagi senang ke susah dari public relation? emm... sy tak belajar public relation, yg sy taw public relation ialah skill kita bercakap dgn org ramai. sy tahu utk bercakap dgn orang ramai, kuncinya ialah yakin.

so.. sy rasa cukuplah sy berceloteh tentang insurans ini. apa yg sy dapat dari apa yg sy belajar insurans ialah sy mestilah menyediakan satu alternatif iaitu INSURANS untuk masa depan sy.samada dr segi nyawa, rumah, pendidikan, kereta, motor  malah kecuaiaan sy sendiri.. 

yang pasti bagi masa depan sy, sy akan pastikan sy akan menyediakan insurans yg paling terbaik utk diri sy, anak2 dan keluarga sy....

so, kita mestilah dapat sesuatu dr apa yg kita belajar. sy pun lah pandai mana tapi ape yg penting kita berusaha ke arah kejayaan. betul tak????

okey untuk kengkawan kelas insurans 4D2, harap dapat menjawab paper insurans dgn baik. okey sampai disini dulu....

nantikan next entry untuk subjek yg lain pulak....

Sunday, April 17, 2011

Exam MUET

ASSALAMUALAIKUM...

salam sayang dan rindu kepada keluarga dan sahabat handai... erkk!!!!
dah macam dedikasi kat radio jee.... emmm x pelah... perasaan rindu tu tetap ada kan... terutama sekali pada keluarga...


layan perasaan jap....


ok2... sy bukan nak cerita pasal nie.. tp nak cerita pasal exam MUET yg sy dah ambil...


yee.. inilah die.. sy amik exam ini secara bersendirian dgn kwn2 sy iaitu jannah dan amira ammarah di Sek. Men. Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. kawan 2 lelaki pun ade gak yang amik seperti Faris, Aslam , Afiq (Jen) dan Amir. tapi diorang amik kt Sek. Men Tanjung Ipoh. Dalam Exam Muet ini di bahagikan kepada 4 sesi iaitu speaking, reading, writing dan listening. Semalam 16 hb 4 2011 ialah hari terakhir exam. Soalan2 nya agak susah lagi2 reading mungkin sebab soalan agak banyak dan masa tidak mencukupi, soalan writing pun agak senang cume tak banyak isi je nak masukkan. kalau paper listening pun senang gak. memang da lega laa dapat buat MUET sem nie. okey pasni fokus kat final exam... yebedabedu!!!!!

Saturday, April 16, 2011

LAWAK KAMPUS

assalamualaikum....

salam sayang, salam rindu dan salam perjuangan kepada sahabat2 sekalian...

hehe... lawak kampus kite episod pertama:

dek terlalu sibuk dan penat menyiapkan video mandarin yang mengambil masa hampir 3 minggu untuk disiapkan, saya hampir menjadi seperti orang gila...

di suatu petang yg harmoni.. dgn segala penat lelah sy menghayun langkah untuk membersihkan diri,lalu mengambil syampoo utk membasuh kepala.. asal semacam jee.. haha rupe2nye sy ambil syampoo badan... terlalu penat camni laa jadinyee..

lawak kampus episod kedua :

hah ni pon semua gara2 video mandarin, banyak betul halangan utk menyiapkan video mandarin nie...

ketika semua sudah siap dirakam cume tinggal cantum jee guna movie maker.. jannah minta pendrive utk transfer video dan dgn selambanye sy pon mengambil pendrive dan bagi jannah..

jannah menjerit. Ina!! bg ape nie?? nape bg broadband kat jannah , jannah nak pendrive laaa.. ooH!!!! salah yee. adoi nape byk salah wat bande kebelakangan nie...

ok oleh kerana ini semua gara2 video mandarin sy selitkan sikit pic2 semasa kami menyiapkan video mandarin...






ok itu jelah sedikit cerita tak berape nak lawak dari sy...

Tuesday, April 5, 2011

jalan mudah...

assalamualaikum...
salam 1 malaysia...

alhamdulilah.. kite masih mampu bernafas di bumi ALLAh ini, kite masih sihat dgn kurnian-NYA, kita masih mampu melangkah dan berlari dan paling penting kite masih dapat merasa nikmat persahabatan, kasih sayang, cinta dan sebagainya...

okeys... hari in tak nak lah cinta panjang2.. just nak bercerita sikit tentang kejayaan..

almaklumlah.. sekarang ni musim quiz,test dan assignment yg berlambak kan.. so macam2 lah cara dan kaedah untuk menyelesaikan dan menyiapkannya.

tapi ada satu cara yg paling saya benci MENIRU!!!

kaedah ni memg terkenal dikalangan student, tak kira dgn ape care sekalipun.. bawa toyol ke, tanye kawan ke atau sebagainya...

saya lagi suke lah kalo buat quiz or test tu sendiri..

tapi sebagai manusia biasa.. sy pun pernah meniru tp sesikit jelah just tanye kwn sebelah..tu pun zaman sekolah dulu, zaman dekat u ni hahbanyak buat sendiri. tak kisah laaa kite dapat markah sikit. dah memang tu usaha kita.. terima jelah... yg engkau ni sampai bukak buku,notes dan segalanye lah.. APE CER!!!!!

okeylah nak bebel panjang2 pun bukan ade orang suke so yg penting kita muhasabah diri kite dan berfikir ape yg akan kita dapat daridapa melakukan semua tu.. yg pasti hidup kite tak berkatlah kan...

baik sampai sini jelah yee...

p/s : mencari yang berkat

Monday, April 4, 2011

bisikan syaitan

assalamualaikum...
salam sejahterah ke atas kamu...

okey arini sy nak cerita sikit perkara yg berlaku pada diri sy..

BISIKAN SYAITAN

HAHAHAHAHA..



Okey mesti korang tertanye2 dah kenape dgn budak sorang ni kan...

okey disebabkan syaitan yg dilaknat ni lah aku tertinggal bas utk ke kampus melang.. dah lah subjek law nasib baiklah aku masuk2 kelas x start lagi..

nak di jadikan cerita, sy cume tertidur lambat sikit jelah kan..  pastu sebelum tidur kunci jam pukul 6 pagi..

keesokan paginye..


KRINGGGG!!! KRINGGGG!!! KRINGGGGG!!!

bunyi alarm phone daa...

dgn tahap malas dan bisikan syaitan ni, terdetik dalam hati..

emm... malasnye nak bangun.. kejap lagilaa...

mata pun terbuka kali ke-2..

tengok jam.. WHAT???  7.16pagi... macamane nie dah terlewat nak kejar bas nie...

~~~~~~~~~~~~menyesalnye.... ~~~~~~~~~~~~~~~~

ampun x buat lagi....

so lepas ni sy berazam untuk sikap tu... dulu mase kat asrama rajin bace doa sebelum n selepas bangun tidur... tp sekarang main tidur jee...

insaf da nie... mohon kepada ALLAH agar hati mudah berubah.. amin...

okey ape kate kita jadi seperti budak baru belajar.. takpe biar kite mengakui kesalahan dan kesilapan kite sekarang kan... mari kita reverse balik doa2 sebelum dan selepas bangun tidur yee adik2...

doa sebelum tidur

"Ya Allah. Dengan namaMu hamba hidup, dan dengan namaMu hamba mati".

doa selepas bangun tidur

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita sesudah mematikan, dan kehadapanNya kita akan kembali".

p/s: mohon agar berubah menjad insan yg lebih baik esok.. AMIN

Sunday, April 3, 2011

rindu anak buah

assalamualaikum...
salam satu malaysia...

 maaflah ye kawan2 sebab memang da lame sangat tak update entry baru... ini semua ade lah gara2 saya terlalu busy study dan assigmnet yg berlambak tak sempat disiapkan lagi... okey entry kali ini cuma saya nak cakap pasal anak buah...

alhamdulilah... 
setakat ini saya dah ade 4 orang anak buah (dalam kandungan x taw la dah ade ke belum) hehe saya gembira sangat ade anak buah nie... diorang pulak comel2 belaka.. rase kalau boleh nak anak sendiri sekarang jugak...
tapi.... hehe belum tibe masanye.. 
so .. layan anak buah jelah yee..
ok disini saya tayangkanlah sedikit pic diorang yg kiut-miut ni yee...

anak buah pertama (solihah)


yang kedua(hamdani)

yang ini adik solihah yee

yang ke tiga (danial)

yang ni sebaya hamdani

yang keempat (maryam nurdina)


yang ini paling comel..

okey mesti korang rase kenape laa aku tetibe rase rindu kat mereka ni. sebabnye aku da lame x balik dan.. dan... semestinye aku sebagai seorang wanita (haha) teringin untuk memilik zuriat ku sendiri...

doa memiliki zuriat yg soleh dan solehah

Ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” 

amin..
moga kite umat islam dikurniakan generasi muslim dan muslimah yang soleh dan solehah...

p/s : berharap ditemukan jodoh yang soleh dan zuriat yang soleh dan solehah