Thursday, June 23, 2011

Keluarga Angkat

Assalamualaikum...

hai readers...
dah agak seminggu tak up date blog nie...
takde cerita yg best utk dikongsi...

hari ni just nak bagitau kejap lagi nak pergi ke Kg Sri Menanti
ade program anak angkat kat sane

balik tie sy cerita yg pengalaman kat sane
ok dada dulu..

nak kemas barang2 nie...

tatatititutu...........

Tuesday, June 21, 2011

Secebis Rasa

Biarkan aku menjamah rasa bahagia buat peneman hingga akhir hayat....

Sunday, June 19, 2011

I Want Be Amazing Person

Priscilla Ahn - When You Grow Up



When you were young enough
Doing all that fun kid stuff
Did you think of what you'd be?

Marco polo in the pool
Kickball games behind the school
Playing tag and hide 'n seek

When you grow up, what kind of boy will you be?
Oh, what will you be?

Drawing pictures with some chalk
Raindrops wash it from the walk
Summer days it never ends

Spin the bottle on the ground
Watch it turning round and round
Maybe he will be my friend

When you grow up, what kind of girl will you be?
Oh, what will you be?

Will you write a book or invent a machine?
Will you be an astronaut or will you sail the sea?

(What will I be when I grow up?) La la, la la, la la, la la
(What will I be when I grow up?) La la, la la, la la, la la la la
(What will I be when I grow up?) La la, la la, la la, la la
(What will I be when I grow up?) La la, la la, la la, la

When you grow up, what kind of person will you be?
Oh the things you'll be happy


Friday, June 17, 2011

Pemilik Cintaku

Assalamualaikum..

hai readers..
nampaknya kalau dah bace satu buku akan berjangkit bace buku lain
mungkin kerana tiada kerje or assignment yg perlu dibuat
so membaca novel adalah aktiviti yg bermanfaat



novel terbaru yg sy bace "Pemilik Cintaku" karya unggul Fatimah Syarha Mohd Noordin
novelis terkenal ni memang diminati ramai lantaran isi yang bermanfaat dan berguna untuk menjadi muslim dan muslimah yang beriman. Amin.

buku ni sy pinjam dari seorang kawan

buku ini mengisahkan tentang bingkisan hati oleh seorang isteri Qani'ah kepada suaminya Dr. Muslih. seusai sebelum Qani'ah mendirikan rumah tangga yakni remaja sehinggalah dipinang oleh suaminya Dr. Muslih. apa yg menarik cerita dalam buku ini amat mengesan jiwa dan memotivasikan diri untuk memelihara diri dan maruah serta menyerahkan segalanya termasuk cinta dan jiwa kepada seorang suami. bukan kekasih atau couple. tetapi suami. ini bermaksud mereka mendirikan rumah tangga tanpa mengenali satu sama lain tetapi mengenali akhlak yg ada pada diri masing2. dengan akhlak dan agama lah mereka bersatu. 

wah!! indah kisah Qani'ah nie. sampai sy sendiri bermimpi untuk jadi seperti Qani'ah. 
Amin . Insya-ALLAH...

Wednesday, June 15, 2011

Saya Sayang Ibu

Assalamualaikum...

hai readers..
hope dalam keadaan sihat walafiat hendak-NYA
hari ini takde watpe just pergi kelas dan kuliah macam biasa

apa yg sy nak cerita kat sini
ialah sy dah habiskan baca novel yang bertajuk" Cinta Di Hujung Sejadah"
tulisan Asma Nadia. buku ni sy pinjam dari kawan sy bernama Jannah



novel nie menggunakan slanga Indonesia
sebelum ni memang dah banyak sy baca novel karangan orang Indonesia seperti Habiburrahman El-Sherazy
memang menarik jalan ceritanya

novel ni mengisahkan tentang seorang gadis bernama Cinta yg kehilangan ibunya semasa kecil. tetapi ayahnya tak pernah nak bercerita tentang ibunya kepada Cinta. selepas umur 17 tahun barulah dia dapat tahu yg ibunya masih hidup tetapi tidak mahu Cinta tahu tentang kewujudannya. mesti korang tertanya-tanya sebab utama ibunya merahsiakan kewujudannya dan mengapa ayahnya berdiam mengenai kisah hidup isterinya. kalau korang nak tahu kesudahan kisah Cinta kena lah beli dan dapatkan di kedai buku berhampiran.

yang pasti selepas sy baca novel ni, sy menjadi rindu pada ibu sy dan menghargai setiap penat lelah yg ibu lakukan untuk sy dari kecil sampailah saat ini. 
ibu.. kaulah ratu hatiku...

Tuesday, June 14, 2011

Sendiri

Assalamualaikum...






sendiri..
pernah rasa hidup sendiri
di tengah keramaian tetap masih rasa sendiri


sunyi..
merasa terlalu sunyi
walaupun hidup sentiasa ke sana ke mari


sepi..
terlalu rasa amat sepi
walau sering menjamah nikmat mimpi


jangan pernah sendiri lagi
carilah teman
eratkan silaturrahim
buahkan ukhwah
bungakan persahabatan
jiwa akan tenteram
hidup lebih terisi
hidup warna warni bagai pelangi
selepas hujan gerimis di pagi hari..





Monday, June 13, 2011

Gay atau Lesbian

Assalamualaikum...

hai readers...
haha sensasi x sensasi lah entry sy kali ni..

first sorry  sebab x menaip beberapa hari ni sebab ade assignment FIN yang kene siapkan secepat mungkin 
dan alhamdulilah sebab dapat present dengan jayanya..

okeys.. mesti korang tertanya-tanya apa hal nya sy nak sibuk-sibukkan diri dengan dua golongan manusia nie



mula2 kita back to the basic
seperti mana yang kita tahu dan lumrah alam
diatas muka bumi ni cuma ada 2 jantina iaitu perempuan dan lelaki
dimana mereka berpasangan antara lelaki dan perempuan
iaitu dalam bahasa mudah apabila berkahwin lelaki pasangannya perempuan
perempuan pasangannya lelaki  

tetapi bagi golongan gay dan lesbian nie
mereka dah menafikan lumrah alam dan hukum ALLAH
iaitu lelaki berpasangan dengan lelaki
dan perempuan berpasangan dengan perempuan

okeys.. habis pasal definisi bagi 2 golongan nie

apa yang membuatkan sy nak berkongsi pasal perkara ini ialah
sy ada kenal beberapa rakan yang berpasangan gay dan lesbian ni
saya tak bolehlah bagitau siapa mereka
biarlah mereka sahaja yang tahu

masalahnya sekarang ialah sy terlalu skeptikal dengan hubungan mereka ni
sy akan terlalu memandang serong dan berfikiran negatif dengan hubungan mereka
kadang2 kita hanya nampak mereka sekadar rakan baik
tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan
tapi rupa2 nya ada hubungan terlarang antara mereka
JENG JENG JENG!!!

sy akan terlalu menjauhkan diri dr mereka dan tidak mengambil berat terhadap mereka
walhal golongan sebegini perlu diambil perhatian dan membantu mereka agar keluar dari kelompok kehidupan mereka sekarang

sy manusia 
dalam agama pun ada mengatakan untuk menentang maksiat lakukan dengan 3 cara

1. dengan kuasa (dengan tangan)
2. dengan lisan (percakapan)
3. dengan hati ( just membebel dalam hati macam aku ni sekarang)

dan ketahuilah bertindak menggunakan hati ialah selemah-lemah iman
sy pun bukan ada kuasa untuk membenteras masalah ni
so sy harap 2 golongan di atas ini cepat2 lah berubah


lagipun sy pun tidak lah begitu arif dengan masalah mereka ini yg mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis
cuma sy harap mereka bertaubat dan diberi Hidayah untuk berubah..
Amin..
masih ada jalan untuk mereka yg ingin berubah.. 

Thursday, June 9, 2011

Ikatan Persahabatan

Assalamualaikum...

hai readers sekalian..
pertama sekali sy nak ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi baca entry sy yang entah ape2 nie..hihi
tapi sy tetap nak menulis..

okays.. hari ni sy nak cerita sikit tentang kawan2 sy yg pemalu2 nie

Athira, Alyani dan (bawah) Fara Amira

mereka ni suma pemalu2 orangnya..
tapi happy go lucky sebenarnya
kalau bersama mereka memang kering gusi dibuatnya
ada saja perkara lucu dan macam2 perkara humor boleh dijadikan bahan cerita
haha


p/s: sayang korang sesangat, hope ikatan kita kekal selamanya...

Wednesday, June 8, 2011

Ingin di Sayangi

Assalamualaikum..

hari ini sebenarnya tak tahu nak tulis ape..
tiada yang istimewa dilakukan pada hari ini

tapi tetiba teringat suatu kisah lama ni..

pada suatu hari..
awak datang menunggu saya keluar dari kelas petang tu
bila saya keluar dari kelas awak cakap nak balik saing saya sampai asrama
awak tahu tak waktu tue kita dah putus dan tak de ape2 hubungan lagi
tapi awak minta peluang kedua
waktu tu hujan lebat yang sangat
tapi awak tak hiraukan pun kalau awak kene hujan
awak tetap nak dengar saya cakap
tapi saya buat bodoh jee dan terus jalan tanpa pandang muka awak
saya masih ingat betapa awak mengharapkan saya lagi
bukan setakat bila kita habis sekolah tapi sampai saat ni
saya nak awak tahu yang saya dah hapuskan nama awak dari ingatan saya
walaupun seluas alam awak sayangkan saya
saya tetap tak dapat terima awak kembali..
maafkan saya..


kisah ini dah lama dah berlaku dalam hidup sy
yang penting sy mampu untuk lupakan dia
Insya-allah
sy pun manusia ingin menyayangngi dan di sayangi
tapi sy tahu sekarang bukan masa yang tepat..


tapi sy yakin teman hidup sy ada di atas muka bumi ini sedang menunggu sy
sy tunggu awak!!!

Tuesday, June 7, 2011

Kelas BM111 5A2

Asslamualaikum...

sudah masuk minggu ke2 sy masuk sem 5
sy tak tahu nape sangat suka kat kelas A2
mungkin kerana ramai kawan kat kelas ni
dan ramai kawan yang kenal walaupun tak rapat

Athira dan Alyani

Farah Amira

Jannah

manenya tak seronok..
kalau semua rakan rapat dah satu kelas
nak rancang keluar pergi mane2 pun senang

assignment berkumpulan pun senang nak buat
sebab sy tahu kawan2 boleh bagi komitmen sepenuhnya

kawan ketika suka ramai bilanganya
tapi kawan sedih sedikit sahaja
kawan itu adalah ada disisi kita ketika susah dan senang
ketika gembira dan berduka cita
itulah namanya kawan @ sahabat

p/s : entry ini ditulis selepas habis kelas dan dalam keadaan letih tapi tak sabar nak tulis..


Sunday, June 5, 2011

Aku Kejam dan Sombong

Assalamualaikum..


hai.. apa khabar anda hari ini?
sihat semuanya??
moga anda semua didalam keadaan baik dan sihat sentiasa
Insya Allah..






ada orang kata sy sombong
ada orang kata sy kejam
ada orang kata sy ego
ada orang kata sy kasar
ada orang kata sy tak beradap
ada orang kata sy berat mulut


mereka tak tahu
mereka tak faham


sy bukan sombong
tapi sy pemalu
bersama dengan orang tidak sy kenal
sy segan andai dilabel tak tahu malu
sy tidak pandai bersama oarang yang tidak sy kenal


sy bukan kejam
tapi sy jaga adab sy
adakah layak digelar muslimah solehah
andai sy berpeleseran bersama lelaki
dan berbicara soal hubungan sesama perempuan dan lelaki


sy bukan ego
tapi sy pertahankan maruah sy
sy tidak mahu mengejar cinta yang sia2
menyerahkan segala milik sy demi sebuah cinta sejati katanya


sy bukan kasar
tapi sy selamba
sy tidak mahu menjadi hipokrit
sy adalah sy
sy mahu berterus terang dan tidak mahu simpan lagi
sy ingin beritahu satu dunia andai sy tidak suka 
jika itu dikatakan kasar
sy minta maaf
kerana sy tidak mahu menyimpan sakit hati sendiri


sy bukan tak beradab
tapi sy tak pandai sesuaikan diri
lagi2 bersama orang yang baru kenal
dan lagi2 bersama lelaki
sy kekok bersama orang yang tidak sekepala dengan sy
tapi sy akan ubah sedikit demi sedikit
sy akan mencuba berkawan dengan semua orang
untuk memahami tabiat manusia dan hukum alam hidup bermasyarakat


sy bukan berat mulut
tapi sy tidak ada apa mahu dibicarakan
bukankah diam itu lebih baik dari berkata yang sia2
sy hanya ingin kata yang perlu dan memberi manfaat kepada orang sahaja


maafkan sy andai sy terlanjur
maafkan sy andai sy terkasar bahasa
maafkan sy andai sy dikatakan kejam 
maafkan sy andai sy tidak menegur
maafkan sy andai sy tidak beradab
maafkan sy andai sy khilaf
maafkan sy andai sy lebih suka hidup dalam bayangan
maafkan sy andai sy lebih suka merendah diri


sy akan cuba perbaiki diri sy kearah kebaikan
sy akan cuba menjadi muslimah solehah
sy akan cuba menjadi teman yang setia
sy akan cuba menjadi sahabat yang baik


doakan sy


p/s: luahan rasa kepada yang tidak memahami 

Friday, June 3, 2011

Bidadari dan pari2 kecil

Assalamualaikum...

beberapa hari ini sy sering teringat perkara2 yang indah lagi menarik..
perkara2 yang tidak dapat dielakkan untuk difikirkan
sejak dari cuti semester lagi

perkara2 yang comel seperti ini




sesuatu yang tidak pernah dilihat dengan mata kasar
hanya ada dalam kisah dongeng dan alam sebelah sana

seperti pari2 kecil
yang akan menolong seorang gadis yang inginkan putera raja menjadi teman hidupnya
kemudian hiduplah aman damai sehingga ke akhir hayat
didalam sebuah istana tersergam indah

ini semua hanya angan2
kita tidak boleh berhenti dari berangan-angan

tetapi yang paling mengganggu fikiran ialah image pari2 seperti ini 


entah mengapa perasaan sungguh berbeza bila memandangnya
bukan kerana keseksiannya
haha
tetapi mereka ini seperti ada kuasa magis yang boleh mnegubah hidup kita 360 darjah
ya! dari gadis biasa menjadi luar biasa

kemudian sy berfikir semula..
dalam hidup kita ini tiada yang kekal selamanya
jika kita dilimpahi dengan kekayaan yang melimpah ruah
andai kita memiliki keluarga yang bahagia
andai kita mempunyai rupa paras yang cantik

jangan pernah leka..
suatu hari nanti andai ditakdirkan kita kehilangan segalanya
yang pasti kita perlu kembali pada YANG ESA

kemudian sy berfikir lagi...
sy pasti semagis mana pari2 itu ada kuasa yang lagi besar dan magis yang tidak dapat dikalahkan oleh mana2 kuasa yang ada didunia ini

image seperti ini hanya pari2 didunia tetapi jangan pernah kata anda tidak tahu
wujud bidadari syurga yang menjadi peneman lelaki2 solehah di syurga kelak

Ainul Mardhiah
ketua bidadari yang mempunyai rupa paras yang indah dan paling cantik antara bidadari2 yang lain

semua wanita solehah Insya-Allah
ingin menjadi bidadari untuk suaminya di dunia dan di akhirat


Amin..

p/s : coretan ini hanya rasa dari hati..



Thursday, June 2, 2011

Impian vs Cita2

Assalamualaikum...




setiap manusia mempunyai impian dan cita2
antara impian dan cita2 merupakan perkara yang jauh berbeza
impian kadangkala merupakan satu fantasi yang diperbesar-besarkan sehingga berharap menjadi kenyataan
manakala cita2 merupakan satu perkara yang realistik perlu dilaksanakan


impian
jika ditanya tentang impian
sebagai seorang perempuan
mestilah mengharapkan yang mewah sahaja
tentulah mahukan seoramg suami yang kaya, handsome, tinggi dan romantik
bila bekerja mahukan pangkat yang paling tinggi
apabila berpakaian mahukan yang berjenama dan up to date
bila berkereta mahukan yang keluaran import dan yang terkini


cita2
bila ditanya tentang cita2 pula
mesti mengukur keupayaan diri
adakah aku akan mencapai tahap jutawan pada umur 30 tahun
adakah aku mampu mempunyai rumah yang besar
adakah aku akan berkerata besar
adakah aku boleh bahagia bersama keluarga


ya!!
impian hanyalah satu fantasi yang sukar untuk dicapai
cita2 adalah satu lakaran realistik yang boleh menjadi kenyataan


jika dibanding kedua nya pasti mahukan impian terlaksana
tapi bile difikir sedalamnya oleh mata hati
cita2 perlu ditunaikan untuk masa hadapan yang terjamin


kini bukan masa untuk berangan
benar ada yang berkata
dari berangan-anganlah lahirnya impian yang cukup besar
tapi sampai bila mahu berangan
sampai bila mahu hanya duduk termangu mimpi yang indah2
tetapi tidak melakukan apa2 tindakan


kini aku hanya menggenggam cita2
aku kelek impian
moga2 cita2 ku tercapai
seterusnya impian ku menjadi realiti


Amin...

Keletah Danial

Assalamualaikum...

Perasaan yang teramat bosan telah melanda diriku..
ye.. hari ni boring sangat, tak tau nak watpe
terperap dalam bilik saje..

then.. belek2 pic terbaru Danial (anak buah)
dah semakin besar Danial..
bile makin besar, makin degil lah jadinya
geram jee dgn yang sorang nie..'
okay layan jelah pic terbaru die
haha..


hah! nak masuk sangat dalam tue..
masuk2!!


tertinggal sebelah kaki lak...


yeah!! bestnye dalam besen nie...

haha..
Danial ni memang agak nakal
suke main..
biasalah budak2 nak membesar
tapi bile tengok muke die yang comel tue terus picit2 pipi die
langsung tak marah
haha
so sy lah org yang paling kerap wat macam tue..

okay dah tak boring daa...
bubye...



Wednesday, June 1, 2011

Naik Sem 5

Assalamualaikum...

hai kawan2..
dah masuk hari ke-3 dah sy lembali ke universiti tercinta!!
tercinta lah sangat!! haha..

UiTM Kuala Pilah


hemm.. walaupun cuti hanya sebulan, tidak mengapa...
asalkan dapat cuti n jumpe family dah ok daa..
memanglah memule rasa cepatnye cuti berlalu
tapi bila berjumpa semula dengan kawan2
best jugak
borak2 aktiviti yg dilakukan semasa cuti
haha

sekarang ni masalahnye ialah
MOOD
yee mood..
mood nak study belum datang lagi..
biasalah baru minggu pertama..
tapi dengan cuti yang banyak selepas ni
mesti assignment dan keje akan berlambak
so kene prepare awal



dan yang paling penting sekarang nie 
mestilah mendapatkan semangat dan azam baru
haraplah semuanya okay2 saje...

kepada kawan2 yang lain juga 
harap sem5 nie bertambah baik dari sem-sem yang lain..
InsyaAllah...