Sunday, June 5, 2011

Aku Kejam dan Sombong

Assalamualaikum..


hai.. apa khabar anda hari ini?
sihat semuanya??
moga anda semua didalam keadaan baik dan sihat sentiasa
Insya Allah..






ada orang kata sy sombong
ada orang kata sy kejam
ada orang kata sy ego
ada orang kata sy kasar
ada orang kata sy tak beradap
ada orang kata sy berat mulut


mereka tak tahu
mereka tak faham


sy bukan sombong
tapi sy pemalu
bersama dengan orang tidak sy kenal
sy segan andai dilabel tak tahu malu
sy tidak pandai bersama oarang yang tidak sy kenal


sy bukan kejam
tapi sy jaga adab sy
adakah layak digelar muslimah solehah
andai sy berpeleseran bersama lelaki
dan berbicara soal hubungan sesama perempuan dan lelaki


sy bukan ego
tapi sy pertahankan maruah sy
sy tidak mahu mengejar cinta yang sia2
menyerahkan segala milik sy demi sebuah cinta sejati katanya


sy bukan kasar
tapi sy selamba
sy tidak mahu menjadi hipokrit
sy adalah sy
sy mahu berterus terang dan tidak mahu simpan lagi
sy ingin beritahu satu dunia andai sy tidak suka 
jika itu dikatakan kasar
sy minta maaf
kerana sy tidak mahu menyimpan sakit hati sendiri


sy bukan tak beradab
tapi sy tak pandai sesuaikan diri
lagi2 bersama orang yang baru kenal
dan lagi2 bersama lelaki
sy kekok bersama orang yang tidak sekepala dengan sy
tapi sy akan ubah sedikit demi sedikit
sy akan mencuba berkawan dengan semua orang
untuk memahami tabiat manusia dan hukum alam hidup bermasyarakat


sy bukan berat mulut
tapi sy tidak ada apa mahu dibicarakan
bukankah diam itu lebih baik dari berkata yang sia2
sy hanya ingin kata yang perlu dan memberi manfaat kepada orang sahaja


maafkan sy andai sy terlanjur
maafkan sy andai sy terkasar bahasa
maafkan sy andai sy dikatakan kejam 
maafkan sy andai sy tidak menegur
maafkan sy andai sy tidak beradab
maafkan sy andai sy khilaf
maafkan sy andai sy lebih suka hidup dalam bayangan
maafkan sy andai sy lebih suka merendah diri


sy akan cuba perbaiki diri sy kearah kebaikan
sy akan cuba menjadi muslimah solehah
sy akan cuba menjadi teman yang setia
sy akan cuba menjadi sahabat yang baik


doakan sy


p/s: luahan rasa kepada yang tidak memahami 

No comments:

Post a Comment