Monday, July 25, 2011

TEST

Assalamualaikum..

syukur ke hadrat Illahi..
atas kurniaanNYA yang tidak terhingga
puji dan syukur je atas junjungan mulia Nabi Muhamad s.a.w

hari nie otak sakit..
sakit sangat bahana berjaga malam sampai pukul 2 pagi
sebab esok ada test Finance

aku bersungguh-sungguh sangat untuk dapat markah tinggi sikit
atas alasan nak tunjukkan kat seseorang yang aku pun boleh buat bagus sikit kat test aku ni

memang alasan tak cukup relevan
selama ni aku study sebab diri aku dan keluarga aku
tapi kali ni aku study sebab nak tunjukkan kat orang
harap-haraplah niat aku ni tidak memesongkan tujuan sebenar

hmm..
macam dah tak cukup tanah nak redah
macam dah tak cukup nafas dan sikit lagi nak pengsan
gara-gara baca buku dan buat latihan

harap soalan tak susah
emm tanggapan salah lagi..
patutnya harap aku boleh jawab dengan jayanya..

hmm yelah2..
nak sambung study lah nie..
bahana selama nie study main2
ambik benda semua sambil lewa..

okey2 dah tak nak salahkan diri sendiri jee
hidup mesti enjoy kan..

so apelagi!!!
Hidup Finance!!!

Tuesday, July 19, 2011

Harapan Keluarga

Assalamualaikum..

Di suatu petang apabila hanya ada aku, mak dan abah..

abah : lepas habis diploma ni abah nak ina terus buat ijazah,boleh kan macam tu??


aku : boleh tue boleh bah.. tapi keputusan Muet ina teruklah..


abah : apa tu??


aku : alah .. die macam kalau kita tak buat bagus ujian nie, kita tak boleh nak buat ijazah..


mak: mak tak nak eah.. nak kerja2 dulu.. terus buat ijazah, nanti da sedap pegang duit tak nak belajar..


aku : ina bukan tak nak mak.. tapi tue lah.. english ina teruk..


.................................................................................................

hmm... masalah lah... bahasa penjajah nie..
aku bukannya tak faham tapi masalah nya tak pandai cakap..
ye ye.. my english broken (entah betul ke tak)
aku nak buat macam mane lagi pon tak tau laa

  • dah try da semua benda
  • dengar lagu english
  • tengok movie english
  • baca paper english
  • practise cakap english sampai kene ketawa kan orang
ishh.. semua daa
di lema lah macam nie...
macam ne nak atasi nie..
otak dah senget nie..

bukan nya mak dan abah tak tahu dari sekolah dulu aku minat sastera
aku nak buat Form 6 tak bagi..
kalau tak maybe sekarang aku dah boleh buat ijazah kat UPSI ke USM  ke...

hmm.. tak pe2 jangan salahkan takdir
dan jangan salahkan keluarga
bahagia ape sekarang dengan apa yang aku ada sekarang
pasti ada hikmah atas semua yang berlaku..

moga permulaan yang baik berakhir dengan baik juga..
Amin...

Monday, July 18, 2011

Entry Berhabuk

Assalamualaikum...

Fuh!! fuuh!!! berhabuk sungguh blog aku nie..
emm dah hampir sebulan tak tulis kat blog nie..
kenape yee.. aku tak menulis.. sibuk kot...
padahal banyak jee kegiatan yg aku lakukan yang aku boleh kongsikan dgn kawan2 kat blog nie..
hehe..

okeylah kita mulakan kat dengan Part 1

PART 1

Aku percaya ukhwah itu nyawa.
kenapa aku kata begitu
sebab ukhwah yg terjalin sesama manusia akan mengeratkan lagi hubungan sesama manusia dan Allah tentunya
nyawa.. aku percaya kita tidak mampu hidup sendiri tanpa teman di sisi
lantas ukhwah itu nyawa
pada tarikh 11 hb 6 2011 aku telah ke satu Konvensyen anjuran Pembina jika tidak silap di Cyberjaya
Alhamdulilah berteman beberapa orang kenalan aku ke sana
itulah yg aku panggil ukhwah
memperbetulkan diri dan muhasabah diri...
moga2 apa yang aku usahakan akan di rahmati-Nya..


di dalam majlis forum dan debat


berborak mengenai masa depan


kenangan di Cyberjaya


di Masjid Putrajaya


selesai Part 1 yang mengisahkan akan ada perubahan dalam diri ku.. Insya-Allah..

PART 2

aku di UiTM Kuala Pilah nie.. 
memang malas nak berjalan..
lagi2 aku belum pandai drive and tiada kawan yang ada kereta
jadi aku mengambil inisiatif dengan terlibat persatuan dalam kolej
secara tidak langsung aku akan keluar dari UiTM dan mengenali dunia luar
secara tidak langsung dapat membantu orang yang di dalam kesusahan dan membuat sedikit kebajikan
ya!! ya!!!
aku suka dengan apa yang aku buat

aku ke Program Anak Angkat di Kg. Sri Menanti
beramah mesra dengan orang kampung dan mempelajari budaya Negeri sembilan..
Mane tau tersangkut dengan orang negeri..
haha


selepas dapat keluarga angkat lepak kejap...


keesokkanya.. saya belajar buat lemang, mak cik sebelah tue yang ajar



 petangnya pulak, sy dan kawan2 masuk pertandingan mengocar air, pertandingan nie macam tangkap segala jenis tangkapan laut yang ada dalam kolam nie..


sibuk mencari ikan dan udang..


hasil tangkapan saya.. hehe.. ikan hidup tau


selesai aktiviti..


hasil tangkapan kami..


malam nya.. hasil tangkapan tadi buat bbq (best tak??)


ade jugak pertandingan congkak ala kampung..


hari last kat rumah mak angkat..
belakang tu ada sungai tapi cetek



ni lah family angkat kami...

Part 2 selesai : bila kita berjauhan dengan keluarga.. kita baru tahu ertinya rindu..
dan bila kita bersama mereka jangan lepaskan saat itu walau sesaat!!

PART 3

ayoyo!!!
aku rasa dah putus fius minggu lepas
ahahaha!!!
nak tahu kenapa??
hehe

11 hb 7 hingga 15 hb 7 2011 ada KARNIVAL USAHAWAN MUDA anjuran UiTM
aku libatkan diri sebagai pembantu kawan2 untuk jaga gerai atau kiosk tu
barang yang kami jual ialah buku dan novel tempatan
dan pastinya buku karya Hlvote aku borong..
hoho
hampir 4 buah buku aku borong
minat punya pasal..
lepas itu pada hari pertama jualan
aku rasa da macam bukan diri aku jee..
aku punyalah ramah layan customer2 atau student2 yang datang pada hari itu
yee yee
aku akan lebih ramah tamah bila keadaan macam tue
kalau tak memang bisu seribu bahasa
maybe sebab aku excited tak ingat!!!
hehe


bila kita berusaha menjadi lebih baik dari semalam..
teruskan niat itu..
bila kita tahu yang kita boleh
teruskan niat yang berkobar-kobar itu

bila kita tersimpang jauh
kembali pada-Nya

jadikan dunia ini indah dan lebih bermakna
dengan cara yang betul..
pasti hidup tidak akan disesali...

moga dirahmati-Nya...