Tuesday, September 11, 2012

Raya 2012 Oh Yeah!!!

Assalamualaikum...

Hari raya adalah hari yang paling menggembirakan bagi semua umat Islam. Hari raya memberikan kita sejuta perasaan gembira selepas kita berpuasa selama sebulan. Selain itu kita akan dihidangkan dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan seperti ketupat, rendang, serunding, kuah lodeh, ayam merah, kuih raya.. dan bermacam hidangan lagi.

Sempena tahun 2012 ni, pastinya raya tahun ini memberi sejuta kegembiraan buat saya. Apabila saya dapat bertemu dengan kawan sekolah saya semasa saya bersekolah di Sek. Men. Teknik Perdagangan, Johor Bahru. Sudah hampir 4 tahun saya tidak berjumpa mereka. Kali terakhir saya berjumpa mereka sewaktu mengambil keputusan SPM. 



Pertama kali jumpa selepas 4 tahun tidak bersua muka. Gembira tidak terhingga!!



Malam tu kitorang terus beraya di rumah Syuhada di Kuartes Polis di Seri Alam.
Macam-macam yang kitaorang bualkan. daripada zaman kitaorang kat sekolah dulu,kat asrama, zaman kat universiti atau poli, hinggalah bab dah berpunya ke belum..haha
muka semua senyum jee sebab macam tak percaya dapat jumpa lagi...


Kenalkan ni kawan saya, Nurul Hanani. kalau nak tahu dulu saya adalah jugak gaduh-gaduh dan salah faham dengan nani tapi kitaorang ni profesional, kitaorang selesaikan cara baik. so sampai sekarang kitaorang baik... 


Ini Noor Aini. kawan saya yang sama-sama berkongsi penat dan lelah. berkongsi suka dan duka. Seorang kawan yang banyak menasihati saya semasa saya dalam kesulitan. Aini kini sedang menuntut di USM. bakal seorang guru.


hah yang ni Nor Ain. kawan paling ceria dan jujur orang nya. tengoklah dia senyum pun dah tahu kan..hehe.. Ain dulu study kat Politeknik JB.


Yang ni pulak Nur Syuhada. anak polis ni jangan main-main.hehe.. dulu Syu berisi sikit tapi bila jumpa balik nie.. Syu dah kurus. kalah saya. tak caya tengok pipi lah kan.haha rasa macam gemuk pulak. hehe.. Dulu Syu study kat Politeknik Merlimau.

Saya rasa gembira sangat sebab dapat jumpa dengan mereka. rasa macam tak nak berpisah dengan mereka dan nak kembali ke zamam sekolah-sekolah dulu. tapi tak boleh.....

kalau di ingat balik masa zaman sekolah dulu.. saya agak degil jugak orangnya. nama je Ketua Dorm tapi pernahlah kacau Ketua Asramakan.. hehe..

Wahai sahabat kenangan kita bersama tidak mungkin saya lupakan. moga pertemuan kita itu memberikan sejuta rasa kegembiraan dan memori yang tidak dapat dilupakan.. mana tahu tahun depan raya kita dapat berjumpa lagi. jadikan ianya satu tradisi. tahun ni kami bermalam di rumah Ain, tahun depat rumah saya pulak.. sapa tahu..hehe

baiklah itu saja untuk hari ni. 

p/s : ayat dikarang sedikit skema dan macam budak sekolah. 
kata kenangan zaman sekolah :)






Monday, September 3, 2012

Fraser Hill yang Sejuk.

Assalamualaikum...

hmm... nampaknya sudah hampir 7 bulan saya tak update blog nie..
nape ye???
entahlah.. selain ketiadaan line internet dan kesibukan menjadi baby sitter, saya rasa mungkin kesibukan persiapan Hari Raya tahun ini.

okey2.. oleh kerana ini entry tertangguh.. saya update pasal cerita ini dahululah ye.. :)

pada 5/2/2012 saya dan abang Long saya pergi melancong di Fraser Hill. Ini adalah kali pertama saya pergi ke sana.

Sepanjang perjalanan ke sana memang pening. Jalannya yang bersimpang siur dan curam mendaki ke atas boleh membuatkan saya pening. Tetapi segala kesakitan saya itu berbayar apabila saya sampai ke puncar Fraser Hill. Kenyamanan dan keindahan landskap ala inggeris membuatkan saya terpesona akan keindahan ciptaan Tuhan.



Ini adalah keluarga Abang long saya. 2 orang anak buah saya bernama Solihah dan Hamdani. Mereka berdua ni memang nakal. Tetapi sangat cerdik dan cepat belajar.


Giliran saya pula mengambil gambar bersama anak buah. Saya sangat sukakan taman bunga. Saya rasa macam nak guling-guling je atas bunga tue. tapi tak bolehlah kan kene saman pulak nanti.


Menara lonceng nie memamg trandmark Fraser Hill. Kalau tak bergambar di sini memamg tak lengkap percutian kita itu.


saya teringin ke sana lagi tapi tak sanggup rasanya menempuh kepeningan mendaki puncak Fraser Hill lagi...

itulah jelah rasanya untuk entry kali nie.. ada peluang lagi saya update lagi... :)

rasanya tak bestkan kalau takde cerita baru..okey lepas nie saya berusaha untuk selalu menulis... :)

Sunday, February 26, 2012

Jalan-jalan

Assalamualaikum...

serius dah lama betul tak menaip kat blog ni..
rasa rindu betul..
sibuk teramat tu yang tak menyempat-nyempat nak meniap

pape pun.. hari nie pun sama
sibuk lah, dapat tulis sikit jee..
nak tahu saya jalan-jalan kat mana
nantikan next entry k...
hehe

okey bye.. nak buat assignment..

Monday, January 2, 2012

bila pahit jadi manis

assalamualaikum...

apa khabar.. eheh
da lama benar da tak menulis di blog nie..
hari nie tergerak pulak nak menulis..

hari sudah hampir genap sebulan aku kembali ke uitm kuala pilah
sem nie adalah sem 6
sem terakhir aku belajar disini

sem nia aku duduk luar bersama kawan yang lain
mula2 aku tak nak duduk luar sebab memang susah
duit rumah sewa lagi.. api air lagi
transport lagi..
emm adalah berbakul-bakul jugak sumpah seramah nie 
keluar dek tak puas hati

tapi dah2..
sila stop!!!
dah takde dah tue semua


aku rasa lagi best duduk luar
sebab lebih dekat dengan diri aku.


betul penat tapi lagi best..
 k lah tue jelah kot..
k bye...