Tuesday, September 11, 2012

Raya 2012 Oh Yeah!!!

Assalamualaikum...

Hari raya adalah hari yang paling menggembirakan bagi semua umat Islam. Hari raya memberikan kita sejuta perasaan gembira selepas kita berpuasa selama sebulan. Selain itu kita akan dihidangkan dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan seperti ketupat, rendang, serunding, kuah lodeh, ayam merah, kuih raya.. dan bermacam hidangan lagi.

Sempena tahun 2012 ni, pastinya raya tahun ini memberi sejuta kegembiraan buat saya. Apabila saya dapat bertemu dengan kawan sekolah saya semasa saya bersekolah di Sek. Men. Teknik Perdagangan, Johor Bahru. Sudah hampir 4 tahun saya tidak berjumpa mereka. Kali terakhir saya berjumpa mereka sewaktu mengambil keputusan SPM. 



Pertama kali jumpa selepas 4 tahun tidak bersua muka. Gembira tidak terhingga!!



Malam tu kitorang terus beraya di rumah Syuhada di Kuartes Polis di Seri Alam.
Macam-macam yang kitaorang bualkan. daripada zaman kitaorang kat sekolah dulu,kat asrama, zaman kat universiti atau poli, hinggalah bab dah berpunya ke belum..haha
muka semua senyum jee sebab macam tak percaya dapat jumpa lagi...


Kenalkan ni kawan saya, Nurul Hanani. kalau nak tahu dulu saya adalah jugak gaduh-gaduh dan salah faham dengan nani tapi kitaorang ni profesional, kitaorang selesaikan cara baik. so sampai sekarang kitaorang baik... 


Ini Noor Aini. kawan saya yang sama-sama berkongsi penat dan lelah. berkongsi suka dan duka. Seorang kawan yang banyak menasihati saya semasa saya dalam kesulitan. Aini kini sedang menuntut di USM. bakal seorang guru.


hah yang ni Nor Ain. kawan paling ceria dan jujur orang nya. tengoklah dia senyum pun dah tahu kan..hehe.. Ain dulu study kat Politeknik JB.


Yang ni pulak Nur Syuhada. anak polis ni jangan main-main.hehe.. dulu Syu berisi sikit tapi bila jumpa balik nie.. Syu dah kurus. kalah saya. tak caya tengok pipi lah kan.haha rasa macam gemuk pulak. hehe.. Dulu Syu study kat Politeknik Merlimau.

Saya rasa gembira sangat sebab dapat jumpa dengan mereka. rasa macam tak nak berpisah dengan mereka dan nak kembali ke zamam sekolah-sekolah dulu. tapi tak boleh.....

kalau di ingat balik masa zaman sekolah dulu.. saya agak degil jugak orangnya. nama je Ketua Dorm tapi pernahlah kacau Ketua Asramakan.. hehe..

Wahai sahabat kenangan kita bersama tidak mungkin saya lupakan. moga pertemuan kita itu memberikan sejuta rasa kegembiraan dan memori yang tidak dapat dilupakan.. mana tahu tahun depan raya kita dapat berjumpa lagi. jadikan ianya satu tradisi. tahun ni kami bermalam di rumah Ain, tahun depat rumah saya pulak.. sapa tahu..hehe

baiklah itu saja untuk hari ni. 

p/s : ayat dikarang sedikit skema dan macam budak sekolah. 
kata kenangan zaman sekolah :)






No comments:

Post a Comment