Friday, June 17, 2011

Pemilik Cintaku

Assalamualaikum..

hai readers..
nampaknya kalau dah bace satu buku akan berjangkit bace buku lain
mungkin kerana tiada kerje or assignment yg perlu dibuat
so membaca novel adalah aktiviti yg bermanfaat



novel terbaru yg sy bace "Pemilik Cintaku" karya unggul Fatimah Syarha Mohd Noordin
novelis terkenal ni memang diminati ramai lantaran isi yang bermanfaat dan berguna untuk menjadi muslim dan muslimah yang beriman. Amin.

buku ni sy pinjam dari seorang kawan

buku ini mengisahkan tentang bingkisan hati oleh seorang isteri Qani'ah kepada suaminya Dr. Muslih. seusai sebelum Qani'ah mendirikan rumah tangga yakni remaja sehinggalah dipinang oleh suaminya Dr. Muslih. apa yg menarik cerita dalam buku ini amat mengesan jiwa dan memotivasikan diri untuk memelihara diri dan maruah serta menyerahkan segalanya termasuk cinta dan jiwa kepada seorang suami. bukan kekasih atau couple. tetapi suami. ini bermaksud mereka mendirikan rumah tangga tanpa mengenali satu sama lain tetapi mengenali akhlak yg ada pada diri masing2. dengan akhlak dan agama lah mereka bersatu. 

wah!! indah kisah Qani'ah nie. sampai sy sendiri bermimpi untuk jadi seperti Qani'ah. 
Amin . Insya-ALLAH...

No comments:

Post a Comment