Monday, April 18, 2011

kenapa INSURANS

Assalamuaalaikum....

okeys.. cerita sy hari ini. sebelum sy mengambil keputusan untuk masuk kelas insurans (D2), ramai kawan2 tanya..

"kenapa ambil kelas insurans?"


"eh insurans ade kira2 kan?"


"mane lagi senang insurans ke public relation?"


emm... sy senyum je kalo diorang bertanya soalan2 nie... ade mule2 tu kwn ckp, sekarang da ramai ejen insurans, dah takde peluang pekerjaan. ade lagi tu yg cakap insurans ini banyak menipu dari yg betulnye. ambil duit oranglah. insurans ini macam judilah dan dari segi islam pun tidak digalakkan membeli insurans..

so.. mula2 sy nak bagitau dulu sebab utama sy ambil subjek insurans.sy ambil subjek insurans ada sebabnye. sy pernah ditipu oleh seorang ejen yang bertopengkan sebuah bank. kisahnye bermula sewaktu seminggu sebelum hari raya 2010. waktu tu nak balik kampung di Kota Tinggi, Johor. cara ejen ni jalankan kerja die memang cukup halus. macam2 bende die tarik perhatian sy selain die ckp die same negeri dgn sy dan die juga belajar dalam course yg sama dgn sy. mule2 tu bole lah utk katakan TIDAK!! tp dah selepas tu dah tak boleh dah.. so sy pun buat aggrement dgn pihak tersebut. ejen tu ckp surat aggrement akan sampai dirumah sy dalam masa seminggu. tunggu punye tunggu memg tak sampailah kan suratnye. so sy mengalami kerugian hampir RM300. memanglah tak banyak tp duit jugakkan. so berbekalkan perasaan tidak mahu tertipu lagi dan ingin mempunyai pengetahuan yg luas dalam bidang insurans ni lah sy amik subjek insurans. assignment akhir sy juga ambil dr sebab sy amik subjek nie. tajuknya PENIPUAN DALAM INSURANS. so disini sy nak bagi sedikit tips sebelum anda membeli insurans:


  1. Pastikan ejen itu adalah sah dan berdaftar dengan syarikat insurans.
  2. Pastikan anda tidak membayar bayaran premium melalu tunai tetapi bayar melalui cek atau money order.
  3. Pastikan anda menerima surat polici anda selepas anda membayar bayaran premium anda yang pertama ( inilah kes yg terjadi pd sy kerana tidak mendapat polici sy selepas membuat bayaran)
  4. Pastikan insurans yang anda tandatangani same dgn ape yg anda inginkan.
  5. Pastikan anda tidak menandatangani borang kosong bagi mengelakkan borang itu disalahguna.
bagi persoalan kedua ialah kawan2 ramai tanya subjek insurans ni ade kira2 ke tak. yup. subjek insurans ade kira2. dalam subjek insuarns ini lebih kepada konsep insurans itu sendiri. dalam insurans ini kita belajar jenis2 insurans yg boleh kita ambil seperti life insurance, general insurance, money insurance, household insurance dam macam2 lagi lah. itu belum cerita berbagai-bagai syarikat insurans kat Malaysia dan luar negara kan. seperti Great Eastern, Prudential, Etiqa insurance, ING insurance, Kurnia Insurans dan macam2 lagi. 






so bagi pesoalan tadi mestilah ade pengiraan untuk mengira jumlah pampasan yang akan kita terima selepas kita membeli insurans dan kita mengalami kerugian. so kita perlulah mengira jumlah pampasan yang kan kita akan terima.

okeys.. lets go do a little practice...

En. Ramli insurans kan rumahnya dgn polisi kebakaran dgn nilai RM 150,000. 5 bulan kemudian rumahnya telah megalami kebakaran. selepas penyiasatan, jumlah kerugian yg dialami ialah RM 15,000. pada masa itu nilai rumahnya iaitu harga pasaran bernilai RM 200,000. berapakah jumlah yg perlu dibyar kepada En. Ramli??

jumlah insurans
harga pasaran          X         jumlah kerugian     =     jumlah yg perlu dibayar




solution: 


150,000
200,000                  X          15,000           =           RM  11,250




so itulah jumlah yang diterima oleh En. Ramli.


okey bagi persoalan kedua ialah samada insurans ni lagi senang ke susah dari public relation? emm... sy tak belajar public relation, yg sy taw public relation ialah skill kita bercakap dgn org ramai. sy tahu utk bercakap dgn orang ramai, kuncinya ialah yakin.

so.. sy rasa cukuplah sy berceloteh tentang insurans ini. apa yg sy dapat dari apa yg sy belajar insurans ialah sy mestilah menyediakan satu alternatif iaitu INSURANS untuk masa depan sy.samada dr segi nyawa, rumah, pendidikan, kereta, motor  malah kecuaiaan sy sendiri.. 

yang pasti bagi masa depan sy, sy akan pastikan sy akan menyediakan insurans yg paling terbaik utk diri sy, anak2 dan keluarga sy....

so, kita mestilah dapat sesuatu dr apa yg kita belajar. sy pun lah pandai mana tapi ape yg penting kita berusaha ke arah kejayaan. betul tak????

okey untuk kengkawan kelas insurans 4D2, harap dapat menjawab paper insurans dgn baik. okey sampai disini dulu....

nantikan next entry untuk subjek yg lain pulak....

2 comments:

  1. amboi, siap ade kire2 lagi tu. hahahah

    ReplyDelete
  2. of course... hehe baru lah ade kene mengena dgn insurans...

    ReplyDelete