Tuesday, October 4, 2011
aku statik
duniaku hidupku kaku
tiada yang mengalir laju
beku sejuk tiada arah
aku tersadai di pelabuhan ini
bersama mimpi nan indah
yang ku harap dapat memanduku
menuju kepada Sang Cinta
aku statik
tiada perubahan
hidupku statik
tiada evolusi
aku rindu
hangatnya sang mentari
yang mampu membuka mata hatiku
2009
Saat Keliru Menghimpit
hidup ini tidak semudah yang disangka
apa yang kita inginkan dalam hidup kitakadang-kadang tidak dapat kita jangkau
aku keliru
adakah jalan yang aku pilih ini
jalan yang membawa aku kebahagiaan
adakah jalan yang aku lalui ini
memberiku erti kehidupan
dahulu aku menangis
kini aku menangis
adakah ini bermakna
apa yang aku lalui kini
bukan jalan yang aku inginkan
ini bukan kisah cinta
ini bukan kisah kasih sayang
ini kisah kehidupan
kisah masa depan
ini hidupku
aku berhak ke atas hidupku
aku akan mencari kembali
hidupku yang telah hilang
atas khilafku jua..
2009
Aku Boleh Mengubahnya!!
kenangan yang lalu adalah sejarah yang tidak dapat diubah,
tapi masa depan adalah sejarah baru yang boleh digubah.
Lakukanlah sebaik mungkin pada saat ini,
untuk mencorak masa depan yang
lebih GEMILANG!!
p/s : kata2 semangat masa Part 3
Tuesday, September 27, 2011
Tiada Siapa Tahu
tiada siapa tahu
tiada siapa mengerti
apa aku rasa
apa aku mahu
apa aku inginkan
tiada siapa peduli
tiada siapa ingin tahu
tiada siapa mahu memahami
terkadang aku teringat
terkadang aku terkenang
terkadang aku rindu
tentang perasaan
tentang masa silam
tentang zaman gemilang
antara kau dan aku
antara kita semua
antara persahabatan yang terjalin
mengapa kita terpisah
mengapa kita berjauhan
mengapa kita tidak bersama-sama
ini takdirNYA
ini jalanNYA
ini ceritaNYA
aku pasrah andai ini kehendakNYA
untuk kawan2 yang saya sayang...
tiada siapa mengerti
apa aku rasa
apa aku mahu
apa aku inginkan
tiada siapa peduli
tiada siapa ingin tahu
tiada siapa mahu memahami
terkadang aku teringat
terkadang aku terkenang
terkadang aku rindu
tentang perasaan
tentang masa silam
tentang zaman gemilang
antara kau dan aku
antara kita semua
antara persahabatan yang terjalin
mengapa kita terpisah
mengapa kita berjauhan
mengapa kita tidak bersama-sama
ini takdirNYA
ini jalanNYA
ini ceritaNYA
aku pasrah andai ini kehendakNYA
untuk kawan2 yang saya sayang...
Saturday, September 24, 2011
Masa Depan
tiada siapa dapat meneka
tiada siapa dapat menduga
baik ke?
buruk ke?
jika di renung
tiada siapa dapat mentafsir masa depan sendiri
apa yang pasti masa kini terlalu menghimpit
bagi melestarikan masa depan yang gemilang
apa yang aku lakukan
tiada apa-apa
hanya secebis keluhan
memuntahkan segala bayangan hitam
biarkan..
biarkan semua ini berjalan sendiri
berputar mengikut kehendak alam
bergerak setempat
berjalan perlahan
dan merangkak seperti seorang bayi
aku tak tahu mana tujuku
aku tak mahu dibelenggu
tapi yang pasti aku akan menemuiNya
hakikatnya aku milikNya
biarlah aku mencari yang pasti
biarkan aku dengan rentakku
biarkan aku dengan caraku
aku terlalu inginkan kepastian
biarkan lambat tapi aku menjiwai..
Friday, September 23, 2011
Biskut Hup Seng Cecah Susu
Assalamualaikum...
beberapa hari ni.. fikiran betul2 fokus kat exam final Part 5.
sampai rasa dah tak de life da kat sini..
tapi baca buku sikit jee.. hurmm
dugaan semasa belajar memang macam nie kan..
tak pe.. tabahkan hati.. pasti berjaya..
(ayat sedapkan hati sendiri)
okey hari ni nak cerita sikit pasal kawan saya :)
2. Siti Hawa Binti Rosli
kawan saya yang seorang nie memang riang ria orangnya
cool , lepak, relaks dan sempoi..
saya panggil dia Ha..(Haha gu) facebook dia..
tetapi kami terpisah yang saya ke UiTM Kuala Pilah dan dia ke UiTM Jengka
semasa di Part3 dia dapat buat Fast track
pandai kan.. untunglaa...
so sekarang ni dia kat UiTM Segamat, Johor
amik course Degree Finance.. gempak kan...
tak banyak tempat yang kami pergi dan kenangan bersama sebab
Ha selalu balik
tapi perkara terbaik yang saya pernah belajar dari dia ialah
TADAAA!!!!
makan biskut Hup Seng dan secah dengan susu
kadang2 tu nak lagi sedap letak susu dalam mangkuk dan pecah2 kan biskut dan letak
dalam susu tu.. biarkan cair sekejap then Ngap masuk dalam mulut..
Terbaik ohh....
okey kita layan beberapa pic yang sempat saya captured bersama Ha yee...
mesti taw kat ne nie kan..
hehe.. tandas pun boleh..
saya jarang peluk kawan sendiri.. so nie memang da sayang lebih..hihi
pic di dalam bangunan Alamanda
pic nie seingat saya masa kami Part 1 di Kolej Alamanda
masa nie muda remaja lagi hehe..
dan pekara kedua yang saya masih ingat tentang Ha ialah
of course pantang dia yang tak boleh makan sayur
kalau makan nasi goreng.. suka makan nasi gorng cina tak nak sayur
kalau makan burger tak nak sayur dan segala macam jenis sayur lain laa..
tomato ke salad ke.. pic dia waktu makan hehe..
seronok bersama kawan2...
kenangan yang tersemat pasti dibawa hingga hujung nyawa..
walau di ceruk mana mereka berada
wajah, nama dan kenangan pasti tersemat di dada..
sayang semua... :)
Wednesday, September 21, 2011
Sandarkan Pada Kenangan
Assalamualaikum...
ngee :)
sila senyum lebar2 dulu sebab saya suka orang yang senyum..
hihi..
kenangan..
saya suka pada kenangan
terasa macam nak hentikan masa dan menikmti kenangan yang lalu dengan kawan2
dan masa2 yang indah bersama mereka
jadi saya dedikasikan beberapa entri untuk kawan2 yang saya suka
untuk kawan2 yang telah menjadi sebahagian dalam hidup saya
kawan2 yang membuatkan saya gembira, sedih, dan riang ria..
kawan2 yang telah menjadi memori dan kenangan saya..
okey untuk yang pertama ini
apa kata kita kenang kawan2 saya semasa di Kolej Alamanda dulu..
1. Siti Masitah binti Mansor
banyak kenangan dengan kawan saya seorang nie.
nak dimulakan cerita kami kenal sewaktu di tingkatan 6 di Sekolah Bandar Kota Tinggi.
masa di sekolah tu kami satu kelas tapi tak rapat sangat
bila sama2 dapat tawaran ke UiTM Kolej Alamanda dan satu rumah
barulah kami menjadi rapat
selama 2 sem di Kolej Alamanda memang berkepit jee dengan Masyi nie
saya panggil dia Masyi
banyak kenangan dengan dia
sebab kalau nak kemana2 memang dengan dia jee
macam pic kat atas
ialah hari terakhir paper masa part 2
habis paper jee terus berkejar ke KFC kat Mid Valley
kenangan di LDK sem 2. duduk sebelah-sebelah
kenangan di Low Yatt beli handphone baru Masyi..
kenangan di tepi Monorel baru balik dari Pesta Buku di PWTC 2010
kenangan di i-City menikmati keindahan lampu2 bergemerlapan di temani
cahaya bulan..huhu
kenangan dinner Part2 di Bangunan Sime Darby
kenangan di Berjaya Times Squre sedang membeli belah..
dan banyak kenangan lagi bersama Masyi yang tak dapat dirakam di handphone
tapi dapat dirakan di hati..
- kenangan balik raya sama
- kenangan g kelas KOKO sama2
- kenangan window shopping di Mid Valley
- kenangan pergi Puduraya sampai sesat2
- kenangan lepak2 kat MPH Mid Valley hanya semata2 nak baca majalah free
dan banyak lagi kenangan...
tapi apakan daya..
kita terpisah kerana undang2 yang direka manusia
adat berkawan
bertemu dan berpisah adalah keranaNYA..
saya ingat awak selalu Masyi..
senang2 nanti kita jumpa di Kota Tinggi yee...
Tuesday, September 20, 2011
Nilai Sebuah Senyuman
Assalamualaikum...
Alhamdulilah.. dah lame sangat ya saya tak menulis di blog nie..
kalau tulis pun hanya curahan rasa yang terkadang nak menulis
hehe
okey2..
saya nak tulis lah nie...
hari ini ialah hari pertama saya final exam PART 5
paper MALAYSIAN ECONOMIC
alhamdulilah dah berusaha biarlah Allah yang menentukannya
kita dah berusaha
haruslah diakhir usaha itu ialah tawakal
nie nak cerita sikit
hari nie kan..
ada orang senyum kat saya...
hehe
lihatlah betapa berkuasa tinggi nya nilai sebuah senyuman
boleh membuatkan seseorang menjadi lebih selesa
sebenarnya yang senyum kat saya tue seorang lelaki
dia pendiam orangnya
tapi saya selalu juga chat dengan dia
tapi hanya sebatas kawan
mesti korang ingat die senyum macam senyum pakwe makwe kan
tak pun senyum macam nak mengurat kan
haha salah!!
saya tahu dia senyum ikhlas
senyum berpahala. Insya ALLAH..
lepas ini saya nak senyum lah kat orang sekeliling
mana tahu dengan kuasa senyuman giga byte saya nie
boleh menjadi setiap hidup orang bertambah ceria. Amin...
senyuman haruslah yang ikhlas...
kalau mamat nie senyum.. memang boleh cair...hehe
p/s : psstt, kalau anda rasa andalah lelaki yang saya maksud kan..hehe diam2 sajalah yee..hehe
Saturday, September 17, 2011
apa aku rasa
Assalamualikum...
apa yang aku rasakan kini
bukan suatu yang biasa
rasa bosan
rasa yang amat tidak kena
mahu berubah
sepenuhnya berubah
tidak dapat berkata
kerana dengan rasa baru
aku baru nekad
biar tiada yang memahami
asalkan tiada yang mendengki..
apa yang aku rasakan kini
bukan suatu yang biasa
rasa bosan
rasa yang amat tidak kena
mahu berubah
sepenuhnya berubah
tidak dapat berkata
kerana dengan rasa baru
aku baru nekad
biar tiada yang memahami
asalkan tiada yang mendengki..
Sunday, September 4, 2011
Jiwa Baru
assalamualaikum...
saya dapat jiwa baru hari ni
dia terima saya seadanya
saya akan terima dia seadanya
dia terlalu tulus tapi sangat berahsia
aku keliru
aku mencuba memahaminya
moga berjaya menebak hatinya
Monday, August 22, 2011
Semenjak dua menjak
Assalamualaikum...
semenjak.. dua menjak nie..
malas betul nak menulis kat blog nie..
semenjak dua menjak nie jugak laa..
sibuk tak kira masa..
semenjak dua menjak ni jugak...
takde rasa apa-apa selain test2!!!!
semenjak dua menjak nie..
aku dah takde rasa nak berkongsi apa2...
semenjak.. dua menjak nie..
malas betul nak menulis kat blog nie..
semenjak dua menjak nie jugak laa..
sibuk tak kira masa..
semenjak dua menjak ni jugak...
takde rasa apa-apa selain test2!!!!
semenjak dua menjak nie..
aku dah takde rasa nak berkongsi apa2...
Friday, August 12, 2011
Bangun Semula
Assalamualaikum..
Salam sejahterah kepada semua rakan diluar sana..
hari ini dah masuk minggu ke-3 kita berpuasa di bulan ramadhan yng mulia ini.
yang pasti belum cukup pahala ramadhan yang sepatutnya di rebut tapi banyak melalaikan diri dengan perkara yang tidak berfaedah..
sy harap saudara-saudari tidak begitu tapi semakin dekat dengan mendekatkan diri padaNYA
kita semua manusia..
insan kerdil lagi hina..
janganlah kita bangga lagi bongkak pada kejadian kita yang boleh mentadbir bumi
tapi memuhasabah diri dan saling ingat-mengingati bahawa bumi ini adalah satu tanggungjawab yang amat berat untuk ditadbir..
semangat kita ada turun dan naiknya
begitu juga
setelah sihat sepenuhnya daripada demam hampir selama seminggu
baru saya merasakan betapa nikmatnya waktu sihat dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya
sebelum hara raya menjelma..
akan banyak test dan kuiz akan dilaksanakan..
saya dah macam tak cukup tanah nak lari
baca subjek ni tak senang
baca subjek lain pulak ingat benda lain
saya mohon agar ditetapkan hati dan ingat akan cita-cita saya
untuk berubah
yaa.. FROM NOTHING WANT TO BE SOMETHING
saya percaya dalam diri kita ada satu kuasa yang boleh membangkitkan kita dari luka dan tahap kesedaran diri yang rendah
carilah ia..
yang pasti diri kita semua mahu berjaya...
tembok segala rasa malu dan malas perlu dirempuh...
Wednesday, August 3, 2011
Demam di Bulan Ramadhan..
Assalamualaikum...
syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNYA dapat kita bertemu kembali dalam ruangan ini...
Erkkk...
haha..
dah macam dalam rancangan bual bicara dah..hehe
pertama sekali nak ucap
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
Walaupun dah masuk ke ramadhan yang ke-4 kan..
hari ini ada test
test Malaysian Economic
dah baca dah separuh tinggal nak kuatkan ingatan jee..
tapi sekarang ngah demam
dari ramadhan pertama lagi..
mungkin sebab tak dapat air yang secukupnya..
sepanjang hari itulah jugak segala benda demam, batuk,selesema dan sakit kepala menyerang dengan tiba2
roomate pun terkena tempias nye.. kesian dia..
so same2 sakit..
tapi Alhamdulilah sekarang dah baik sikit dan boleh menjawab test dengan baik
InsyaALLAH..
so itulah jelah hari nie..
nak sambung study nie..
wish me good luck ya!!!
Monday, July 25, 2011
TEST
Assalamualaikum..
syukur ke hadrat Illahi..
atas kurniaanNYA yang tidak terhingga
puji dan syukur je atas junjungan mulia Nabi Muhamad s.a.w
hari nie otak sakit..
sakit sangat bahana berjaga malam sampai pukul 2 pagi
sebab esok ada test Finance
aku bersungguh-sungguh sangat untuk dapat markah tinggi sikit
atas alasan nak tunjukkan kat seseorang yang aku pun boleh buat bagus sikit kat test aku ni
memang alasan tak cukup relevan
selama ni aku study sebab diri aku dan keluarga aku
tapi kali ni aku study sebab nak tunjukkan kat orang
harap-haraplah niat aku ni tidak memesongkan tujuan sebenar
hmm..
macam dah tak cukup tanah nak redah
macam dah tak cukup nafas dan sikit lagi nak pengsan
gara-gara baca buku dan buat latihan
harap soalan tak susah
emm tanggapan salah lagi..
patutnya harap aku boleh jawab dengan jayanya..
hmm yelah2..
nak sambung study lah nie..
bahana selama nie study main2
ambik benda semua sambil lewa..
okey2 dah tak nak salahkan diri sendiri jee
hidup mesti enjoy kan..
so apelagi!!!
Hidup Finance!!!
Tuesday, July 19, 2011
Harapan Keluarga
Assalamualaikum..
Di suatu petang apabila hanya ada aku, mak dan abah..
aku : boleh tue boleh bah.. tapi keputusan Muet ina teruklah..
abah : apa tu??
aku : alah .. die macam kalau kita tak buat bagus ujian nie, kita tak boleh nak buat ijazah..
mak: mak tak nak eah.. nak kerja2 dulu.. terus buat ijazah, nanti da sedap pegang duit tak nak belajar..
aku : ina bukan tak nak mak.. tapi tue lah.. english ina teruk..
.................................................................................................
hmm... masalah lah... bahasa penjajah nie..
aku bukannya tak faham tapi masalah nya tak pandai cakap..
ye ye.. my english broken (entah betul ke tak)
aku nak buat macam mane lagi pon tak tau laa
- dah try da semua benda
- dengar lagu english
- tengok movie english
- baca paper english
- practise cakap english sampai kene ketawa kan orang
ishh.. semua daa
di lema lah macam nie...
macam ne nak atasi nie..
otak dah senget nie..
bukan nya mak dan abah tak tahu dari sekolah dulu aku minat sastera
aku nak buat Form 6 tak bagi..
kalau tak maybe sekarang aku dah boleh buat ijazah kat UPSI ke USM ke...
hmm.. tak pe2 jangan salahkan takdir
dan jangan salahkan keluarga
bahagia ape sekarang dengan apa yang aku ada sekarang
pasti ada hikmah atas semua yang berlaku..
moga permulaan yang baik berakhir dengan baik juga..
Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)